Wednesday 17 April 2013

Memberikan kemaafan kepada pelaku qadzaf



Sesungguhnya korban qadzaf memiliki hak untuk memberikan maaf kepada pelaku qadzaf atas dirinya. Dengan kemaafan tersebut had qadzaf dapat gugur dari si pelaku. Tentunya kemaafan yang diberikan korban tersebut adalah keleluasaan baginya. Jika seseorang menuduh tuduhan berzina kepada seseorang maka dibenarkan baginya untuk meminta redha atau maaf dari korbannya dengan menghilangkan pengaruh buruknya dari dirinya. Jika si mangsa mahu memberikan maaf kepadanya maka kemaafan yang diberikan tersebut sah. Baik terjadi sebelum diangkatnya perkara ke meja hakim atau sesudahnya. Pendapat ini diwakili oleh ulama Syafi’eyah dan Hanabilah.

Sementara ulama Malikiyah menyepakati pendapat tersebut jika kemaafan tersebut diberikan sebelum perkara diangkat ke meja hakim. Adapun jika perkara telah diangkat ke meja hakim maka kemaafan tersebut tetap sah jika korban qadzaf bimbang buruknya nama baik atas dirinya dan jika ia memang dikenal sebagai orang yang menjaga kehormatan diri dan tidak berpengaruh tuduhan buruk apapun kepadanya maka kemaafan tersebut tidak sah.

Syafi’eyah dan Hanabilah – sesungguhnya had qadzaf adalah hak bagi korban qadzaf meskipun didalamnya terdapat hak syariat. Namun lebih diutamakan hak hamba kerana melihat keperluannya dan ketidakbutuhan syariat. Adalah hal yang masuk akal bahawa seorang hamba dapat mengambil manfaat dari had qadzaf secara khusus. Contohnya dalah sama dengan qisas dimana tidak dilaksanakan kecuali dengan tuntutan pemilik haknya. Jadi pemilik hak had tersebut berhak menggugurkannya hadnya dari pelaku qadzaf dan memberi maaf kepadanya. Hal itu disebabkan kerana hak hamba dalam had qadzaf lebih dominant dari hak syariat kerana didalamnya terdapat usaha menjaga kehormatan manusia.

Hanafiah – korban qadzaf tidak dibenarkan untuk menggugurkan had qadzaf dari pelakuqadzaf. Selain itu juga tidak diharuskan untuk memberikan kemaafan kepada pelaku qadzaf atau membebaskannya dari had qadzaf. Hal itu disebabkan kerana didalam had qadzaf terdapat hak Allah s.w.t yang lebih dominant. Dan tidak diperselisihkan lagi bahawa didalam had qadzaf terdapat hak hamba dan hak syariat. Keradaan had qadzaf disyariatkan bertujuan untuk menghilangkan aib dari korban qadzaf dan dialah yang mengambil manfaat secara khusus dari had qadzaf tersebut. Dari sisi ini had qadzaf itu sendiri adalah hak seorang hamba dan didalamnya terdapat makna larangan. Oleh kerana itu dinamakan dengan had atau yang mencegah atau yang melarang. Tujuannya adalah menghindarkan masyarakat dari kerosakan dan membersihkannya dari kemungkaran. Dan inilah tanda syariat Islam.
 


Malikiah – sesungguhnyahad qadzaf adalah hak seorang hamba yang tidak dilaksanakan kecuali dengan tuntutan atau permintaannya. Ertinya si hamba berhak untuk menggugurkannya jika tidak mengangkat perkara kepada hakim. Adapun jika ia telah mengangkat perkara kepada hakim dan telah sampai kepadanya maka tidak dibenarkan bagi siapapun untuk menggugurkannya dalam keadaan ini. Hal itu disebabkan kerana para ulama telah sepakat bahawasanya had jika telah diangkat kepada hakimmaka wajib bagi hakim untuk melaksanakan had atas pelakunya. Dengan demikian dalam keadaan ini diharamkan untuk menerima syafaat untuk menggugurkan had tersebut. Kecuali jika menginginkan untuk menutupi aib yang timbul pada korban qadzaf tersebut.

Waktu penafian kehamilan



Jika seorang suami menghakimi kehamilan isterinya dan tidak menafikannya sebelum terjadi kelahiran maka dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat

Syafi’eyah – jika suami mengetahui adanya kehamilan dan si hakim memberikan kepadanya untuk menjatuhkan li’an dan ia tidak melakukannya maka ia tidak memiliki hak untuk menafikannya setelah oterjadi kelahiran

Hanafiah – seorang anak tidak dinafikan nasabnyasebelum dilahirkan oleh isteri. Dalil mereka adalah bahawa kehamilan terkadang menggembung dan terkadang menyusut. Maka tidak ada sisi keyakinan untuk mengetahuinya kecuali setelah terjadinya kelahiran

Jika suami menafikan kehamilan



Para ahli fiqh sepakat bahawa suami jika menafikan kehamilan dengan mengaku bahawa ia telah melakukan istibra maka boleh terjadi kehamilan dan pelaksanaan li’an. Adapun jika seorang suami menafikan kehamilan secara mutlak maka para ulama dalam hal ini berbeza pendapat

Malikiah – tidak wajib li’an dengannya. Sementara ulama Syafi’eyah dan Hanabilah berkata: mereka menetapkan syarat jika ia tidak menafikan si anak sementara kehamilan telah terjadi maka tidak dibenarkan baginya untuk menafikannya dengan li’an setelah terjadi kelahiran. Hujah mereka dalam hal ini adalah atsar-atsar yang mutawatir dari hadis Ibn Abbas,Ibn Masud, Anas,Suhail bin Sa’d bahawasanya Rasulullah s.a.w ketika memutuskan perkara dengan li’an diantara dua pihak yang menjatuhkan li’an, berkata: jika si perempuan melahirkannya dengan ciri-ciri seperti ini maka aku melihat si lelaki telah benar dan jujur”. Jadi hal ini menunjukkan bahawa si perempuan mengandung dimasa li’an berlangsung.

Jika seseorang melontarkan qadzaf kepada orang lain dihadapan hakim



Jika seseorang melontarkan qadzaf terhadap orang lain dihadapan hakim atau ia melontarkan qadzaf kepada perempuan dengan lelaki lain yang dimaksudkannya namun lelaki tersebut tidak ada didalam majlis hakim maka hakim harus mengutus utusan kepada korban qadzaf untuk memberitahu bahawa telah dilontarkan qadzaf kepadanya oleh sipolan. Hal ini sama seperti jika yang bersangkutan memiliki hak harta atas orang lain namun ia tidak mengetahuinya. Maka ia pun harus memberitahu orang yang memiliki kewajipan tersebut.



Syafi’eyah – tidak dibenarkan bagi imam atau penguasa jika seseorang melontarkan qadzaf zina kepada orang lain untuk mengutus utusan kepadanya dan bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t telah berfirman: “Janganlah kalian saling memata-matai”.