Friday 15 March 2013

Hukum memberi maaf dalam hudud



Diriwayatkan dari Aisyah, bahawa pada suatu hari orang-orang quraisy ingin membebaskan seorang wanita suku Makhzumiyah yang terbukti telah mencuri dari hukuman potong tangan. Lalu sebahagian di antara mereka berkata: siapakah yang akan kita ajukan untuk melobi rasulullah s.a.w? Yang lain menjawab: sepertinya tidak ada yang lain kecuali Usamah bin Zaid, sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w. Singkat cerita itu, Usamah pun cuba mendekati Nabi dan memberanikan diri untuk menyampaikan maksud kedatangannya iaitu meminta “ampunan” untuk perempuan yang telah mencuri tersebut. Permintaan Usamah tersebut dijawab oleh Nabi s.a.w: “Wahai Usamah,apakah kamuingin merubah ketetapan Allah dengan meminta ampunan dalam hudud? 

Lantas Nabipun berdiri dan berpidato:
“Orang-orang sebelum kamu itu binasa dan celaka hanyalah kerana apabila yang mencuri diantara mereka orang yang terhormat mereka memaafkannya dan tidak memberikan hukuman apa-apa kepadanya.Tapi bila yang mencuri itu orang yang lemah dan rendah merekapun menghukumnya. Demi Allah, kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri aku akan memotong tangannya” (Riwayat Bukhari Muslim dan perawi-perawi yang lain)

Pelajaran yang dapat diambil dari hadis diatas adalah bahawa seorang hakim tidak dibenarkan mengabulkan permohonan ampun atas hadd yang akan dilaksanakan sebagaimana akan datang keterangannya. Demikian juga seseorang tidak boleh memujuk hakim agar memberi ampunan untuk orang yang akan menjalani hadd allah bila kesnya sudah sampai ketangan hakim. Aturan ini disepakati oleh seluruh ulama. Adapun jika kesnya belum diangkat kehaddapan hakim, maka seseorang diharuskan memberi maaf atau ampunan kepada sesamanya dengan syarat orang yang akan diberi maaf bukan orang yang sudah terbiasa dan terkenal sebagai penjahat. Bila demikian adanya, ertinya ia terkenal dengan kejahatannya, maka tidak diharuskan memberinya maaf atau ampunan. Ia malah wajib diajukan kehaddapan hakim untuk diproses atau dijatuhi hukuman.

Sebagai contoh, seseorang yang terbukti telah mencuri sesuatu tapi sebenarnya ia tidak terbiasa mencuri dan pada saat itu hanya tergelincir serta khilaf. Dan apabila diduga jika dimaafkan sekali ini, maka ia akan sedar dan tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Maka orang seperti ini boleh dimaafkan dan ditoleransi oleh korban. Sehubungan dengan ini, banyak terdapat haddis Nabi s.a.w. antara lain hadis yang diriwayatkan oleh ad-daruqutni dari 

Rasulullah s.a.w, beliau bersabda:
“Berilah maaf (kepada yang menzalimimu) selama masalahnya belum diangkat ke wali (hakim). Tapi bila telah sampai ke wali, lau dimaafkan maka Allah tidak akan memaafkannya.”
Sunat hukumnya orang yang teraniaya memberikan ampunan kepada orang yang menganiayanya dihaddapan hakim selama kesnya bukan kejahatan yang wajib menjalani hukuman hadd atau kes yang memang harus diberi hukuman seperti memaafkan pemelihara anak yatim yang zalim atau orang yang lari dari tanggungjawab memberikan nafkah orang-orang yang telah menjadi tanggungannya. Memaafkan orang-orang seperti ini hukumnya adalah haram.

Mazhab Syafi’e – memberi maaf pada pelaku kejahatan sebelum permasalahannya sampai ke tangan hakim adalah boleh. Hal ini berdasarkan firman allah s.w.t: “Dan siapa yang memberi safaat yang baik maka ia akan mendapat bahagian dari kebaikannya itu”

Hikmah pensyariatan hudud



Untuk melindungi seluruh hamba Allah s.w.t dari hal-hal yang menyebabkan bahaya atau mudarat bagi mereka.Seperti ternodanya tempat tidur suami isteri, rosak dan hilangnya garis keturunan, perlecehan terhaddap kehormatan, merosakkan harta, menghilangkan nyawa, gangguan keamanan dan lain-lain. Maka untuk menghindarkan itu semua terjadi, disyariatkanlah hudud agarmenjadi pelindung yang ampuh bagi manusia dari segala musibah seperti kerosakan moral, penyakit jiwa, stress dan sebagainya yang pada akhirnya menjerumuskan manusia kedalam jurang jahanam.

Islam memandang penyelewengan yang keluar dari kemurnian fitrah manusia yang dianugerahkan Allah sebagai bentuk pengingkaran terhaddap pembawaan dan watak asli manusia itu sendiri. Sebab itu islam cuba mengatasi dan mengubati penyalewengan ini dengan memberikan pandangan-pandangan dan arahan. Bila cara ini tidak Berjaya, maka ia akan beralih kepada bentuk penyelesaian yang tegas dank eras iaitu penerapan hukum hudud sesuai dengan jenis kesalahan yang dilakukan yang tujuannya adalah untuk melindungi manusia dari segala malapetaka seperti yang telah dihuraikan. Cara yang ditempuh Islam ini tidak ubahnya bagai seseorang yang menderita penyakit fattak, bila tidak mungkin lagi diubati secara medis, maka anggota badan yang terkena penyakit tersebut terpaksa dipotong demi keselamatan seluruh jasadnya.

Hukum memaafkan Qisas dan Ta’zir



Ijma’ ulama sepakat bahawa Qisas, seseorang diharuskan memberikan kemaafan untuk orang yang berbuat jahat padanya kerana itu merupakan haknya. Adapun dalam hal hukuman ta;zir terdapat dua pendapat fuqaha (ahli fiqh):

1-    Hal yang demikian adalah boleh
2-  Bila pelaku kejahatan tidak insaf kecuali dengan diberi hukuman ta’zir maka ia wajib diberi hukuman ta’zir tidak boleh dimaafkan. Hal itu kerana hukum Islam itu dibangun di atas kedudukan “menjaga kemaslahatan menghindarkan hal yang membawa kerosakan”.

Jenis kejahatan yang dikenakan hukuman hadd



Mazhab Syafi’e:
1-    Kerana melukai, menyebabkan qisas yang berkaitan dengan hilangnya jiwa atau sebahagian anggota badan dan yang berkaitan dengan diyat (ganti rugi)
2-    Kezaliman (al-Baghyu)
3-    Murtad
4-    Perzinaan
5-    Menuduh orang baik berbuat mesum (qaadzaf)
6-    Percurian
7-    Minum khamr

Mazhab Hanafi:
1-    Hadd zina
2-    Hadd pencurian
3-    Hadd minum khamr
4-    Hadd perompak
5-    Hadd qadzaf

Mazhab Maliki:
1-    Pembunuhan atau yang serupa dengannya
2-    Kezaliman (al-Baghyu)
3-    Murtad
4-    Perzinaan
5-    Qadzaf
6-    Pencurian
7-    Perompakan dan yang berkaitan dengannya 
8Minum khamr dan segala kejahatan yang mengakibatkan wajib ganti rugi (Dhaman)

Pembahagian hukum jenayah Islam



Dalam hukum Islam, terbahagi kepada tiga bahagian:
1-    Hudud

Hukuman yang ditentukan batasnya oleh allah sebagai hak bagi-Nya. Maka apabila seorang hakim telah tahu bahawa seseorang telah terbukti melakukan kejahatan, maka ia wajib menjatuhkan hukuman terhaddap pelaku tanpa memiliki hak sama sekali untuk membatalkannya. Jenis kejahatan yang menyebabkan berlakunya hadd adalah:

-       Perzinaan dan yang serupa dengannya seperti homoseksual (liwat)
-       Pencurian
-       Tuduhan (perzinaan) atas orang baik (Qadzaf)
-       Meminum khamr

2-    Qisas

Memperlakukan pelaku kejahatan (jani) seperti apa yang dilakukannya pada orang lain. Maka makna Qisas adalah al-Mutamasilah (penyerupaan) misalnya si Fulan mengisahkan (Qassa) sebuah kejadian. Dinamakan ia mengisahkan (Qassa) apabila ceritanya sesuai atau serupa dengan kejadian yang sebenarnya. Qisas tidak dinamakan hadd kerana ia merupakan hak manusia. Seseorang dapat membatalkan hukuman Qisas dari pelaku kejahatan bila ia mengingikannya sebagaimana akan dating keterangannya di belakang
3-    Ta’zir

Memberikan pengajaran yang sesuai terhaddap pelaku kejahatan.Ukurannya tidak ditentukan oleh Allah dan jenis kesalahannya bukan yang terkena wajib kifarat.