Wednesday 10 April 2013

Bagaimana haddd ditetapkan dalam minum khamr



Para imam mazhab sepakat bahawa haddd minum khamrdapat dilaksanakan bila yang bersangkutan minum bukan kerana dipaksa tapi kemahuannya sendiri. Meminum sedikit atau banyak adalah sama dan tetap harus menjalani hukuman. Orang yang minum khamr tapi tidak membuatnya mabuk juga tetapwajib menjalani hukuman.Demikian itu adalah untuk antisipasi.Sama halnya dengan seseorang yang hanya mencium wanita yang bukan mahramnya hukumnya tetap haramkerana ciuman dapat menyebabkan terjadinya perzinaan. Alasan yang lebih kuat dalam hal ini adalah haddis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Hakim: “Sesiapa yang meminum khamr maka deralah ia”.

Imam yang empat sepakat bahawa pengakuan orang yang meminum khamr walau hanya satu kali menetapkannya telah minum khamr. Mazhab Hanafi menetapkan syarat bahawa pengakuan harus dinyatakan dua kali sengan ungkapan: “saya telah minum khamr,” atau “saya telah meminum minuman yang memabukkan”. Menurut pendapat yang paling sahih dikalangan mazhab ini, seseorang tidak dikenakan haddd dengan kesaksian yang palsu.

Demikian juga dengan keadaan mabukdapat dijadikan bukti jika mabuknya sampai membuatnya linglung, bicaranya ngelatur dan sampai tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa yang dikatakan mabuk adalah orang yang sampai tidak mengetahui sama sekali pembicaraannya dan pembicaraan orang lain, tidak dapat membezakan langit dan bumi, tidak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Ia tahu bahawa yang dilihatnya adalah manusia tapi tidak dapat mengenalinya. Mereka juga sepakat bahawa khamr adalah najis, haarm menjual belikannya kepada orang Islam,sifatnya sebagai harta yang berharga telah batal. Sehingga orang yang memecahkan botol atau tongnya tidak wajib menggantinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Sesuatu yang haram meminumnya haram pula menjualnya dan memakan harganya, ia tidak dinilai sebagai harta maka tidak sah dijadikan sebagai mahar atau upah kerja”.

No comments:

Post a Comment