Sunday 14 April 2013

Batas pemotongan dalam kes pencurian berulang



Adapun jika seseorang mencuri untuk kedua kalinya maka yang dipotong adalah kaki kirinya dari persendian telapak kaki. Lalu kemudian bahagian pemotongan dibakar dengan api supaya tidak mengalir darahnya ataupun dicelupkan pada minyak yang panas sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w yang kemudian dilakukan terus oleh para sahabat.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk memotong tangan pencuri pada pergelangannya lalu berkata kepada para sahabatnya: “Potonglah lalu panaskan”.

Kemudian para ulama berbeza pendapat ketika pencuri tersebut kembali melakukan pencurian ketiga kalinya apakah hukumannya tetap dipotong atau tidak.

Mazhab Hanafi – Jika seorang pencuri telah dipotong tangan kanan dan kaki kirinya kemudian dia kembali melakukan pencurian maka tidak dilaksanakan kembali padanya hadd potong akan tetapi hukuman yang wajib baginya adalah mengganti rugi barang yang dicuri dan dikurung atau dipukul sampai dia benar-benar bertaubat. Kerana tujuan dari hadd mencuri dalam syariat adalah untuk membuat pelakuserik bukan untuk memusnahkan nyawanya. Dan setiap hadd yang akan menyebabkan kematian seperti orang mati maka bukan hadd yang disyariatkan. Kemudian perlu diketahui bahawa setiap hukuman potong yang akan menyebabkan hilangnya kemampuan seseorang untuk mengambil dan berjalan maka yang demikian tidak disyariatkan dalam Islam. Sebagaimana yang disinggung dalam perkataan Ali bin Abu Thalib RA: “Aku sungguh malu kepada Allahjika aku tidak menyisakan baginya tangan yang digunakan untuk makan dan membersihkan najis, begitupun juga kaki yang digunakan untuk berjalan”. Dengan perkataan inilah Ali menentang perkataan para sahabat yang lain sedangkanmereka (sahabat lain) hanya diam menunjukkan setuju. Kerana itu maka pendapat ini dianggap sebagaiijma’ sahabat.

Mazhab Maliki dan Syafi’e – Jika seseorang mencuri maka haddnya adalahdipotong tangan kanannya dimulai dari pergelangan tangannya kemudian dimasukkan kedalam minyakyang panas atau api. Jika dia kembali mencuri untuk kedua kalinya maka yang dipotong adalah kaki kanannya. Jika masih kembali mencuri pada kali kelima maka dia dikurung dan dikenakan hukum ta’zir. Kemudian pencuri yang tidak dikenakan hadd kerana pencuriannya atau ada syubhat yang menyebabkan haddnya gugur maka hukumannya adalah ta’zir sesuai kemaslahatan yang dipandang baik oleh imam sehingga menjadikannya serik untuk melakukan perbuatan tersebut.

No comments:

Post a Comment