Wednesday 17 April 2013

Berkurangnya nilai curian sebelum pelaksanaan had



Jika nilai barang curian berkurang dari nisab setelah adanya keputusan pengadilan bahawa pencurianya akan dikenakan hukuman had namun belum dilaksanakan maka orang tersebut tetap wajib diberikan hukuman had. Sebagaimana jika yang berkurang adalah barangnya itu sendiri. Kerana menurut pendapat yang disepakati jika barangnya berkurang dari sepuluh dirham maka hukuman had tetap dilaksanakan. Demikian juga jika berkurang adalah nilainya maka tetap wajib dilaksanakan had.

Hanafiah – jika satu barang curian berkurang nilainya dari sepuluh dirham setelah keputusan pengadilan dan sebelum pelaksanaan hukuman maka had akan gugur. Sebab jika cukupnya nisab adalah syarat agar seseorang dapat dikenakan hukuman had maka ia pun juga adalah syarat disaat pelaksanaan had. Sebab saat itu masih dianggap dalam proses peradilan. Berbeza halnya jika barang curiannya berkurang ketika pelaksanaan had sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment