Sunday 14 April 2013

Bersatunya suami dan isteri setelah li’an



Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa orang yang telah melakukan li’an tidak dapat bersatu kembali setelah berpisah. Alasan ulama-ulama mazhab ini dalam mempertahankan pendapat mereka adalah haddis yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w beliau berkata kepada dua orang yang telah melakukan li’an ertinya: “Tidak ada jalan bagimu kepadanya”.

Mazhab Hanafi – bahawa jika lelaki mengakui bahawa apa yang dituduhkannya adalah dusta lalu ia dikenakan hukuman hadd qazaf akibat tuduhan itu maka sejak itu hilanglah hubungan pernikahan antara keduanya dan akan menjadi halal baginya dengan melakukan akad nikah yang baru. Jadi pengharaman dalam li’an itu hanya bersift sementara dengan dalil firman Allah s.w.t: “Dan dihalalkan bagimu selain yang demikian” (al-Nisa:24)

No comments:

Post a Comment