Thursday 11 April 2013

Cara perlaksanaan hukuman rejam



Dalam melaksanakan hukuman rejam, maka batu yang dipakai untuk merejam adalah batu yang menengah tidak dengan batu yang terlalu kecil sebab akan terlalu lama ia merasakan sakitnya seksaan. Juga tidak dengan batu yang terlalu besar sebab akan menghilangkan tujuan dari rejam itu sendiri iaitu penyiksaan. Besar batu yang dimaksudkan adalah sekira sebesar kepala tangan. Kemudian dalam melakukan hukuman rejam dianjurkan untuk tidak melempar wajah sebab ada sebuahriwayat yang diterima imam Muslim dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata Nabi s.a.w melarang memukul bahagian wajah sebagaimana ia melarang mengukirnya mengosoknya dengan api.

Dalil lain kerana Nabi s.a.w sewaktu ia merejam wanita al-Ghamidiyah, ia mengambil batu sebesar himshah lalu melemparnya. Kemudian ia bersabda: lempari kamulah ia tapi jangan sampai melempar wajahnya.
Bila yang direjam itu lelaki, tidakboleh diikat atau dirantai atau dimasukkan ke dalam lubang galian. Berbeza dengan perempuan maka boleh dimasukkan ke dalam lubang sampaisetinggi dadanya. Kemudian aurat siperempuan tidak boleh terbuka,pakaiannya harus menutupi seluruh auratnya tidak tipis dan tidak ketat. Sebab melihat auratnya adalah haram meskipun dalam keadaan pelaksanaan rejam seperti itu. Demikianlah yang dilakukan para sahabat di masa Nabi s.a.w.

Para fuqaha juga sepakat bahawa pelaksanaan rejam tetap dilaksanakan pada musim panas atau musim dingin. Demikian juga dengan orang yang sakit tanpa menunggu sampai sembuh. Berbeza dengan hukum dera ia boleh ditangguhkan bagi orang yang sakit.

Mereka juga sepakat bahawa rejam tidak boleh dilaksanakan atas orang yang sedang hamil. Pelaksanaannya ditangguhkan sampai ia melahirkan dan sampai ia selesai menyusukan anaknya dan sudah dapat memakan selain air susu ibunya.

Sebagaimana mereka sepakat bahawa orang yang mati kerana direjam tetap wajib dimandikan,dikapani dan disolatkan serta boleh ditanam diperkuburan orang muslim. Demikianlah yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment