Sunday 14 April 2013

Hukum apabila saksi kurang dari empat orang



Apabila saksi dalam kes zina tidak cukup empat orang, maka zina yang dituduhkan dipandang tidak ada. Sehingga hukuman hadd tidak dapat dilaksanakan dan mereka (saksi yang kurang) tidak wajib dihukum hadd kerana kedatangan mereka berstatus sebagai calon saksi. Kalau mereka dihukum nescaya jalan untuk menserikt orang yang berszina akan tertutup sama sekali kerana boleh sahaja salah satu diantara saksi yang sudah ada mengurungkan niatnya untuk memberikan kesaksian. Tidak mungkin dalam kes seperti ini yang lain dikenakan hukuman hadd.

Mazhab Hanafi – hukuman hadd qazaf wajib dilaksanakan terhaddap saksi yang kurang jumlahnya dari empat orang sebab manakala seorang saksi memberikan kesaksiannya sesungguhnya ia telah melakukan tuduhan palsu tanpa sanggup mendatangkan empat orang saksi. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera……” (al-Nur:4)

No comments:

Post a Comment