Thursday 11 April 2013

Hukum apabila seseorang mati kerana didera



Bila seseorang mati sebab didera atau dipukul,maka si hakim dan para saksi dalam pengadilan tidak berdosa dan tidak dikenakan diat. Ini adalah kesepakatan seluruh ulama. 

Adapun bila ia mati ketika menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hadd maka dalam hal ini antara Malikiah dan Hanafiah terdapat perbezaan pendapat.
Mazhab Maliki – bila ia mati kerana menjalani hukuman dera atau pukul jika menurut dugaan berat (zann) si hakim bahawa si penjahatitu akan selamat (tidak akan apa-apa),maka ia tidak berdosa dan tidak terkena kewajipan diyat. Tapi bila ia ragu-ragu (syak) akan keselamatannya kemudian seseorang itu mati maka ia wajib menanggung diyat yang dibayar oleh aqilah (kerabat).

Dan apabila dugaan beratnya (hakim) si penjahat tidak akan selamat (akan mati) bila didera atau dipukul maka si hakim yang membuat keputusan wajib menjalani hukuman qisas.
Dugaan (zann)dan keraguan (syak) itu dapat diketahui dari keputusan hakim atau dari indikasi-indikasi yang memberi tunjukan kearah itu seperti keputusannya atas kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hadd. Sebaliknya bila kesalahannya adalah kesalahan yang menyebabkan wajib hadd, maka orang yang mati kerananya tidak berpengaruh apa-apa terhaddap si hakim tidak berdosa dan tidak pula terkena kewajipan membayar diyat.

Para sahabat berpendapat bahawa seorang imam meskipun kekuasaan dan hak berada di tangannya namun ia tidak dibenarkan menghilangkan nyawa seseorang kecuali dalam pelaksanaan hadd. Jika tidak maka ia wajib menebysnya dengan membayar denda. Tapi ia tidak dikenakan hukuman dosa sebab ia punya hak dan sewenangnya untuk memberikan pengajaran kepada siapa sahaja yang bersalah.

Dalam tata cara pelaksanaan hadd, pukulan yang dilakukan tidak boleh sampai melukai apalagi membinasakan. Ia hanya sekadar memberikan rasa sakit.

Mazhab Hanafi – tidak ada kewajipan membayar ganti rugi (Dlaman) atas para saksi dalam pengadilan kerana kesaksian mereka sebenarnya adalah kesaksian atas hukuman (pukulan) yang pada dasarnya tidak membinasakan. Demikian juga dengan qadi yang menetapkan keputusan ia tidak wajib membayar dhaman sebab sebenarnya keputusan yang ia buat adalah keputusan hukum pukul yang tidak sampai mematikan. Menurut mazhab ini, yang menanggung akibat dari kematian itu adalah tukang pukul yang melaksanakan perintah si hakim. Meski demikian ia tidak wajib membayar dhaman sebab ia juga sebenarnya juga tidak bermaksud untuk membunuh dengan demikian pada dasarnya tidak ada kewajipan dhaman kes ini.

No comments:

Post a Comment