Wednesday 10 April 2013

Hukum ‘Ashir (Perasan buah) yang dimasak



‘Ashir apabila dimasak sampai berkurang sepertiganya (1/3) maka dinamakan thalaa dan bila berkurang sampai separuh (1/2) dinamakan munasshaf dan bila berkurang lebih dari separuh dan seterusnya dinamakan baaziq. ‘Ashir yang di masak apabila memabukkan tidak boleh diminum sedikit atau banyak. Baik ia kelihatan mendidih atau tidak kerana barangkali sudah pernah mendidih ketika dimasak kemudian dingin kembali, sehingga ketika diminum ia tampak tidak mendidih.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab berkata: “Aku mencium bau minuman dari mulut si Fulan, sehingga Umar menduga kalau orang tesebut telah meminum thalaa. Kata Umar selanjutnya: Lalu aku bertanya, apa yang ia minum kalau memabukkan, maka aku memukulnya”. Singkat cerita, Umar akhirnya memukul orang tersebut. Atsar ini dikeluarkan Imam Malik dengan sanad yang sahih. Pendapat ini disepakati dikalangan Malikiah, Syafi’eyah dan Hanabilah. Jelasnya syarat boleh meminumnya menurut mereka adalah bila ‘ashir tersebut belum membuat mabuk.

Mazhab Hanafi – ‘Ashir yang berkurang sepertiganya kerana dimasak haram meminumnya. Demikian juga bila berkurang sampai batas maksima (menurut biasanya). Tapi dengan syarat ia harus dicampur dengan keju kerana dengan dicampur dengannya ia menjadi lebih enak dan menyenangkan. Orang-orang tidak bermoral sangat gemar meminumnya. Adapun bila berkurang sampai dua pertiga (1/3) hukumnya halal diminum meskipun berubah baunya. Tapi dengan syarat bila tujuan meminumnya adalah untuk menguatkan tenaga. Bila tujuannya hanya untuk kesenangan maka hukumnya tetap haram. Ini berdasarkan atsar yang dikeluarkan oleh Nasai dari jalan Abdullah bin Yazid al-Khuthaimi, ia berkata: Umar menulis: “Masaklah minuman ‘ashirmu sampai berkurang dua bahagian syaitan dan satu bahagianmu (disahkan oleh al-Hafiz dalam kitab al-Fath)”.

No comments:

Post a Comment