Sunday 14 April 2013

Hukum bila seseorang didatangani pengantin yang bukan isterinya



Pemuka-pemuka mazhab yang empat telah sepakat bahawa hukuman hadd tidak dilaksanakan kepada seorang yang tertipu dengan seorang wanita yang mengaku sebagai isterinya pada malam pertama dari perkahwinannya ditambah lagi misalnya perempuan-perempuan lain mengatakan: dia itu memang isterimu. Kerana yakin wanita itu isterinya lantas ia pun menggaulinya. Kemudian diketahuinya bahawa wanita tersebut bukan isterinya sebab ia hanya tertipu sehingga yang demikian itu dianggap syubhat. Hanya sahaja ia wajib membayar mahar wanita tersebut dan wanita itu wajib ber’iddah. Bila kelak membuahkan anak dari hubungan itu maka anak tersebut dihukumkan sebagai anak lelaki yang menggaulinya dn orang yang mengadukan (mengqazaf) nya tidak dikenakan hadd.

No comments:

Post a Comment