Para
ulama berbeza pendapat seputar hukum yang berlaku atas binatang yang digauli
manusia.
Mazhab
Maliki – binatang tersebut tidak wajib dibunuh baik haiwan yang halal dimakan
atau yang haram dimakan dagingnya kerana tidak ada dalil yang secara jelas
menerangkan perintah untuk membunuhnya. Adapun riwayat Ibnu Abbas yang
didalamnya ada perintah membunuh binatang yang digauli merupakan riwayat yang
lemah dan tidak dapat dijadikan dalil.
Mazhab
Hanafi – jika binatang tersebut adalah milik yang menggaulinya maka wajib
dibunuh agar ketika orang melihat binatang tersebut tidak mengatakan: “Binatang
ini telah pernah digauli oleh si fulan sehingga mereka akan terjerumus kedalam
dosa ghibah, dan juga dapat menyebabkan orang-orang tetap menganggap hina terhaddap
orang yang melakukan hal tersebut meski sebenarnya dia telah bertaubat dan
dapat jadi juga si pelaku akan kembali terjerumus jika melihat binatang
tersebut maka binatang tersebut harus dibunuh sebagai tindakan preventif
(ihtiyati)”.
Mazhab
Syafi’e – dalam mazhab mereka ada dua riwayat: Pertama, jika binatangnya yang
halal dimakan dagingnya maka hendaknya disembelih dan jika yang tidak dimakan
maka dibunuh kerana dengan membunuh binatang yang hala dimakan lalu
disia-siakan adalah merupakan perbuatan penghamburan harta bukan atas manfaat
dimana hal tersebut adalah dilarang.
Kedua,
binatang tersebut wajib dibunuh baik yang dapat dimakan dagingnya atau tidak
supaya tidak mendatangkan ghibah dan penghinaan. Kerana Allah s.w.t
memerintahkan untuk menutupi aib seorang muslim dan sesiapa yang menutupi aib
orang muslim maka aibnya akan ditutupi oleh Allah s.w.t didunia dan akhirat.
Mazhab
Hanbali – binatang tersebut wajib disembelih baik yang dapat dimakan dagingnya
atau tidak baik miliknya atau milik orang lain dan wajib pelakunya mengganti
rugi binatang tersebut jika milik orang lain kerana dia menjadi penyebab dari
hilangnya harta orang lain dan sesiapa yang menghilangkan harta orang lain maka
wajib menggantinya sebagai hukuman baginya. Hal diatas harus dilakukan supaya
tidak menyebabkan aib bagi pemilik binatang tersebutd dan orang yang
melakukannya kerana ketika melihat binatang tersebut akan mengingatkan kepada
kejadian.
No comments:
Post a Comment