Sunday 14 April 2013

Hukum menarik kembali pengakuan



Jika seseorang menarik kembali pengakuannya dalam kes perzinaan,penarikannya itu dapat diterima dan hadd tidak dilaksanakan malahan hukuman hadd mesti diberhentikan jika ia menarik pengakuannya di tengah-tengah hukuman dilaksanakan. Alasannya kerana Nabi s.a.w sendiri dalam kes Ma’iz dan selainnya berkali-kali meminta mereka untuk mempertegas pengakuan mereka. Tujuannya adalah untuk memberi mereka kesempatan menarik pengakuan mereka. Hanya sahaja ketika itu mereka tidak mahu menariknya. Dalam cara Islam yang demikian terdapat tujuan yang sangat baik iaitu menutupi aib orang lain.

No comments:

Post a Comment