Wednesday 10 April 2013

Hukum merubah khamr menjadi cuka



Haram hukumnya merubah khamr menjadi cuka dan ia tidak menjadi suci dengan dirubah seperti itu. Ini adalah pendapat ulama mazhab Malikiyah dan Hanabilah. Hal ini menurut mereka berdasarkan riwayat dari Anas bahawa Nabi s.a.w pernah ditanya tentang khamr yang dirubah menjadi cuka. Nabi s.a.w menjawab: Tidak (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi dan ia mensahkannya).

Pendapat ini juga berdasarkan riwayat dari Anas bahawa Abu Talhah pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang anak-anak yatim yang mewarisi khamr. Nabi s.a.w menjawab: “Tumpahkan saja”. Talhah berkata: “Kenapa tidak kita rubah sahaja ia menjadi cuka? Jawab Nabi s.a.w: “Tidak”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Mazhab Hanafi – khamr yang berubah jadi cuka hukumnya adalah halal. Baik yang berubah sendiri atau yang sengaja dirubah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w ertinya: “Sebaik-baik yang diawetkan adalah cuka”. Sedangkan sabdaNabi s.a.w yang lain adalah ertinya: “Sebaik-baik cuka kalian adalah cuka khamr kalian”. Alas an lain yang mereka kemukakan adalah kerana dengan merubahnya menjadi cuka maka unsure yang dapat merosakkan atau yang membahayakan padanya telah hilang dan yang tinggal hanya unsure manfaatnya saja. Unsure manfaat tersebut salah satunya adalah bahawa dalam khamr terdapat manfaat untuk membersihkan empedu dan dapat menambah selera makan dan lain-lain. Maka jika yang tersisa hanya unsure manfaatnya saja tentulah ia menjadi halal. Khamr yang berubah menjadi cuka dapat mensucikan bejana kerana seluruh zat atau unsure kekhamrannya telah hilang sama sekali kecuali khamr yang tidak mengandungi unsure cuka. Akan tetapi dikatakan bahawa ia tetap dapat mensucikan.

Mazhab Syafi’e – apabila perubahannya disebabkan perpindahan dari sinar metahari ke tempat yang teduh atau apa sahaja yang dapat membuatnya berubah dengan sendirinya maka pendapat yang paling jelas dalam mazhab ini adalah halal dan suci lagi mensucikan.

No comments:

Post a Comment