Wednesday 10 April 2013

Hukum minum khamr kerana darurat



Mazhab Hanbali – boleh minum khamr ketika makanan tersangkut di tenggorokan atau dalam keadaan sangat haus sementara yang ada saat itu hanya khamr. Adapun berubat dengan khamr hukumnya tidak boleh kerana Nabi s.a.w bersabda ertinya: “Sesungguhnya ia (khamr) bukanlah ubat tapi adalah penyakit”

Mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali – wajib meminum khamr dalam keadaan tercekik kerana makanan dan tidak ada minuman lain selain khamr. Demikian juga boleh membuatnya sebagai ubat jika tidak ada yang lain dengan syarat harus berdasarkan petunjuk doktor yang adil atau jika ia sendiri tahu jenis dan kadar penyakit bagaimana yang mengharuskan meminum khamr. Jenis kes semacam ini sama dengan bolehnya berubat dengan najis seperti bangkai atau kencing manusia.
 


Mazhab Syafi’e – pendapat yang sah (yang paling sahih) dalam mazhab ini adalah haram meminum khamr kendatipun ntuk ubat atau kerana haus. Alasannya kerana ketika Nabi s.a.w ditanya tentang berubat dengan khamr, beliau menjawab ertinya: “Sesungghunya ia bukanlah ubat tapi ia adalah penyakit”. Maksudnya Allah telah menghilangkan manfaat khamr ketika ia telah mengharamkannya.

No comments:

Post a Comment