Wednesday 10 April 2013

Hukum orang yang berulang kali meminum khamr



Nabi s.a.w bersabda ertinya: “Sesiapa yang meminum khamr maka pukullah ia. Kemudian jika minum lagi pukul kembali sabda beliau: Jika ia kembali minum untuk keempat kalinya maka bunuhlah ia”. (Dikeluarkan oleh pengarang-pengarang kitab sunan dari Muawiyah kecuali Nasa’i)

Namun jumhur ulama telah sepakat bahawa hukum bunuh dalam minum khamr telah dihapus setelah ternyata Nabi s.a.w sendiri tidak melaksanakan hukuman tersebut selama hidupnya. Demikian juga dengan para sahabat tidak seorangpunyang mengamalkan hukum tersebut. Ini menunjukkan bahawa hukum bunuh itu telah dihapus secara ijmak

No comments:

Post a Comment