Wednesday 17 April 2013

Jika pencuri mengaku bahawa atas barang yang ia curi adalah miliknya



Hanafiah, Syafi’eyah dan Hanabilah – dalam kes seperti ini si pencuri tidak dikenakan hukuman hadd potong tangan. Imam Syafi’e menamakan pencuri seperti ini sebagai pencuri yang pintar (pandaidalam fiqh),kerana dengan mengatakan: “ini milik saya” ada kemungkinan perkataannya benar sehingga kes tersebut dianggap mengandungi kesamaran (syubhat) yang dapat menggugurkan hadd meskipun dia tidak sanggup menyertakan bukti atas pengakuannya tersebut.

Malikiah – jika seorang pencuri mengaku bahawa barang yang sedang ada ditangannya adalah miliknya sedangkan kesaksian bahawa dia telah mencuri barang yang mencapai nisab dari sebuah tempat yang terjaga telah ada maka yang bersangkutan tetap dikenakan hukuman hadd tanpa memperhatikan pengakuannya. Kerana tuduhan yang berdasarkan saksi tersebut lebih kuat dari pengakuannya

No comments:

Post a Comment