Wednesday 17 April 2013

Jika seseorang melontarkan qadzaf terhadap sekumpulan orang dalam satu majlis



Jika seseorang melontarkan qadzaf terhadap sekumpulan orang dalam satu majlis atau di sejumlah majlis yang berbeza dengan satu kalimat atau sejumlah kalimat maka dalam hal ini terdapat perselisihan pendapat.

Hanafiah dan Malikiah – jika sekumpulan orang dilontarkan qadzaf kepadanya di satu majlis atau di sejumlah majlis yang berbeza dengan satu kalimat atau sejumlah kalimat baik sekumpulan orang tersebut berkumpul atau berpisah-pisah maka si pelaku hanya dikenakan satu had. Hujah mereka adalah al-Quran dan sunnah serta qiyas. Adapun al-quran adalah firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina)”. (Surah al-Nur:4)

Syafi’eyah – sesungguhnya setiap orang memiliki hak had atas pelaku qadzaf yang melontarkan qadzaf kepada mereka semua. Hal itu disebabkan kerana kata Walladzina yang ada di ayat al-Quran tentang qadzaf merupakan kata jamak. Sementara kata Wal Muhshanaat juga termasuk kata jamak. Jika kata jamak berhadapan dengan kata jamak maka kata tunggal juga harus dihadapkan dengan kata tunggal. Dengan begitu maknanya adalah bahawa orang yang melontarkan qadzaf kepada seseorang yang muhsan maka wajib dikenakan had atasnya. Selain itu dalil mereka juga firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera”. (Surah al-Nur:4)

No comments:

Post a Comment