Sunday 14 April 2013

Jika suami atau isteri berzina



Berdasarkan surah al-Nur ayat 3, kebanyakkan ulama berpendapat bahawa jika seseorang melakukan zina maka pernikahan dia dengan isterinya menjadi fasid,begitupun halnya jika isteri yang berzina. Dengan demikian maka wajib bagi suami untuk menceraikan isterinya atau mereka berdua diceraikan kerana zina tersebut.

Sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa perzinaan tidak merosakkan pernikahan dan akad nikah diantara mereka tidak menjadi fasid dengan zina yang dilakukan oleh satu suami isteri. Akan tetapi jika isteri berzina maka suami diperintahkan untuk menceraikannya dan dia telah berdosa jika tidak menceraikan isterinya tersebut. Kemudian tidak boleh hukumnya menikahi wanita yang diketahui sebagai penzina. Sama halnya juga tidak boleh menikahi lelaki yang terang-terangan melakukan zina yang sampai-sampai semua tahu bahawa ia adalah penzina kecuali jika terlihat dia benar-benar sudah bertaubat.

No comments:

Post a Comment