Sunday 14 April 2013

Memberi upah kepada perempuan untuk berzina



Seorang lelaki yang menyewa atau membayar seorang perempuan untuk melakukan perzinaan maka keduanya dikenakan hukuman hadd. Upah tersebut tidak dianggap membuat hukum zina yang mereka lakukan menjadi syubhat yang dapat menghalangi berlakunya hadd, kerana akad sewa tidak berlaku untuk faraj (kemaluan) secara syarak dan uruf. Hal tersebut tidak ubahnya seperti jika seseorang menyewa perempuan untuk memasak atau pekerjaan lainnya lalu ia menggaulinya maka ia wajib dikenakan hukuman hadd.

Mazhab Hanafi – mereka berpendapat bila seorang lelaki menyewa perempuan untuk melakukan zina, maka hukuman atas keduanya adalah hukuman ta’zir. Kemudian mereka menanggung dosa zina kelak dihari kiamat. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat bahawa suatu hari ada seorang perempuan meminta susu kepada seorang lelaki pengembala kambing ditengah-tengah padang pasir, lalu si lelaki tersebut tidak mahu memberikannya kecuali jika perempuan tersebut rela melayaninya. Kerana keadaannya yang sangat darurat ketika itu, perempuan tersebut pun merelakan dirinya untuk menuruti kemahuan lelaki pengembala itu kemudian kes itu diberitahu kepada Umar yang saat itu sebagai khalifah. Umar tidak menghukum mereka, ia hanya berkata: (susu) itulah maharnya.umar berpendapat bahawa susu tersebut ketika itu adalah upah bagi si perempuan itu.

Alasan lain yang dikemukakan ulama Hanafiah adalah mereka melihat bahawa makna menyewa adalah menyerahkan hak manfaat sedangkan kemaluan seseorang termasuk manfaat. Dengan demikian maka zina yang terjadi melalui proses sewa atau upahan dianggap syubhat.

No comments:

Post a Comment