Sunday 14 April 2013

Mengumpulkan antara hukuman dera dan rejam



Tidak boleh melaksanakan hukuman dera dan rejam sekaligus pada satu orang kerana hadd dera yang lebih ringan sudah dicakup dalam hadd rejam yang berat. Sebab tujuan dan manfaat hukuman dera itu adalah untuk membuat sipenzina serik sehingga tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Tujuan dan manfaat ini tidak mungkin dapat dicapai lagi. Sebab setelah itu dia akan mati dengan hukuman rejam. Pendapat inidisepakati dikalangan ulama Maliki, Syafi’e dan Hanafi.

Mazhab Hanbali – berpendapat bahawa seorang muhshan yang berzina tetap menjalani hukuman dera pada hari pertama kemudian dilanjutkan dengan hukuman rejam pada hari kedua. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Nabi s.a.w bahawa beliau pernah menghukum dera seorang lelaki pad hari khamis kemudian merejamnya pada hari jumaatnya.

No comments:

Post a Comment