Sunday 14 April 2013

Pengakuan zina dari seorang perempuan



Bila seorang perempuan mengaku telah melakukan perzinaan dihaddapan hakim dengan katanya: (aku melakukannya) dengan si pulan dan ia menyebutkan namanya tapi si lelaki yang bersangkutan tidak membenarkannya dan mengatakan: aku tidak pernah berzina dengannya malahan aku tidak mengenalnya. Maka hukuman hadd dilaksanakan hanya kepada si perempuan kerana tidak terbuktinya zina pada pihak kedua (lelaki) tidak beerti membuat pengakuan yang sudah dinyatakan menjadi tidak jelas keakurasiannya. Sebagaimana jika seandainya si lelaki yang dimaksudkannya jauh tidak berada ditempatnya.

Mazhab Hanafi – mereka berpendapat bahawa hukuman hadd tidak dilaksanakan kepada si perempuan juga tidak kepada lelaki. Sebab hukuman hadd telah gugur dari pihak yang menyanggah pengakuan yang dialamatkan kepadanya maka dengan sendirinya hal demikian menimbulkan suatu ketidakjelasan (syubhat) hukum pada diri perempuan tersebut. Dimana bahawa zina itu dipandang sebagai satu perbuatan yang sama-sama mereka lakukan berdua. Maka jika disana tidak terdapat sebuah kepastian tentang siapa yang benar diantara mereka berdua maka ketidakpastian itu sepatutnya juga harus dianggap ad dimasing-masing dua belah pihak

No comments:

Post a Comment