Sunday 14 April 2013

Perceraian yang ditimbulkan akibat li’an



Dengan terjadinya li’an maka seorang isteri menjadi tertalak ba’in – tidak boleh dirujuk selamanya dan ini sebagai refleksi dari makna li’an iaitu laknat dan kemurkaan Allah s.w.t bagi orang yang berbohong diantara mereka kerana menyebabkan perceraian secara zalim. Para ulama berbeza pendapat tentang bila (waktu) terjadinya perceraian yang disebabkan kerana li’an.

Ulama Hanafi dan Hanbali – berpendapat bahawa perceraian tidaklah terjadi serta merta begitu suami isteri telah saling meli’an. Akan tetapi perceraian terjadi setelah dipisahkan oleh hakim. Maka perceraian tersebut terjadi setelah adanya hukum dari hakim.

Ulama Syafi’eyah – jika suami telah selesai melaksanakan li’an maka telah hilanglah hak dia dalam menggauli isterinya dan isterinya menjadi haram selamanya bagi dia baik isterinya melakukan li’an ataupun tidak. Sebagaimana firman Allah s.w.t: “Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang yang berdusta”. (al-Nur:8)

No comments:

Post a Comment