Sunday 14 April 2013

Perempuan yang dipaksa seorang lelaki berzina



Jika seorang lelaki memaksa seorang perempuan melakukan penzinaan maka hukum yang berlaku adalah silelaki dikenakan hukuman hadd sedangkan si perempuan tidak. Sebab ia hanya terpaksa melakukannya kerana tiada kuasa melawan kehendak atau paksaan si lelaki dan si lelaki wajib membayar mahar sebanyak mahar perempuan yang sebanding dengan status sosialnya (mahar misil), baik perempuan tersebut berstatus merdeka atau hamba. Kemudian bila dari hasil persetubuhan itu lahir seorang anak maka anak tersebut dinisbahkan kepada si lelaki tersebut dan perempuan itu wajib beriddah.

Apabila terjadi sesuatu yang mengurangi harga atau nilai hamba tersebut sewaktu terjadi pemaksaan untuk melakukan perzinaan maka harga tersebut wajib diganti si lelaki bersama dengan pembayaran mahar. Adapun jika perempuannya berstatus merdeka dan terluka sewaktu kejadian pemaksaan maka bayaran atau denda lukanya dibayar beserta mahar. Demikian juga jika sampai mengakibatkan kematian maka diyat dan mahar dibayarnya sekaligus.

1 comment:

  1. Bagaimana jika dipaksa zina karna takut aibnya disebar

    ReplyDelete