Diriwayatkan
dari Aisyah, bahawa pada suatu hari orang-orang quraisy ingin membebaskan
seorang wanita suku Makhzumiyah yang terbukti telah mencuri dari hukuman potong
tangan. Lalu sebahagian di antara mereka berkata: siapakah yang akan kita
ajukan untuk melobi rasulullah s.a.w? Yang lain menjawab: sepertinya tidak ada
yang lain kecuali Usamah bin Zaid, sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w. Singkat
cerita itu, Usamah pun cuba mendekati Nabi dan memberanikan diri untuk
menyampaikan maksud kedatangannya iaitu meminta “ampunan” untuk perempuan yang
telah mencuri tersebut. Permintaan Usamah tersebut dijawab oleh Nabi s.a.w:
“Wahai Usamah,apakah kamuingin merubah ketetapan Allah dengan meminta ampunan
dalam hudud?
Lantas Nabipun berdiri dan berpidato:
“Orang-orang
sebelum kamu itu binasa dan celaka hanyalah kerana apabila yang mencuri
diantara mereka orang yang terhormat mereka memaafkannya dan tidak memberikan
hukuman apa-apa kepadanya.Tapi bila yang mencuri itu orang yang lemah dan
rendah merekapun menghukumnya. Demi Allah, kalau seandainya Fatimah binti
Muhammad mencuri aku akan memotong tangannya” (Riwayat Bukhari Muslim dan
perawi-perawi yang lain)
Pelajaran
yang dapat diambil dari hadis diatas adalah bahawa seorang hakim
tidak dibenarkan mengabulkan permohonan ampun atas hadd yang akan dilaksanakan
sebagaimana akan datang keterangannya. Demikian juga seseorang tidak boleh
memujuk hakim agar memberi ampunan untuk orang yang akan menjalani hadd allah
bila kesnya sudah sampai ketangan hakim. Aturan ini disepakati oleh seluruh
ulama. Adapun jika kesnya belum diangkat kehaddapan hakim, maka seseorang
diharuskan memberi maaf atau ampunan kepada sesamanya dengan syarat orang yang
akan diberi maaf bukan orang yang sudah terbiasa dan terkenal sebagai penjahat.
Bila demikian adanya, ertinya ia terkenal dengan kejahatannya, maka tidak
diharuskan memberinya maaf atau ampunan. Ia malah wajib diajukan kehaddapan
hakim untuk diproses atau dijatuhi hukuman.
Sebagai
contoh, seseorang yang terbukti telah mencuri sesuatu tapi sebenarnya ia tidak
terbiasa mencuri dan pada saat itu hanya tergelincir serta khilaf. Dan apabila
diduga jika dimaafkan sekali ini, maka ia akan sedar dan tidak akan mengulangi
perbuatannya lagi. Maka orang seperti ini boleh dimaafkan dan ditoleransi oleh
korban. Sehubungan dengan ini, banyak terdapat haddis Nabi s.a.w. antara lain hadis
yang diriwayatkan oleh ad-daruqutni dari
Rasulullah s.a.w, beliau bersabda:
“Berilah
maaf (kepada yang menzalimimu) selama masalahnya belum diangkat ke wali
(hakim). Tapi bila telah sampai ke wali, lau dimaafkan maka Allah tidak akan
memaafkannya.”
Sunat
hukumnya orang yang teraniaya memberikan ampunan kepada orang yang menganiayanya
dihaddapan hakim selama kesnya bukan kejahatan yang wajib menjalani hukuman hadd
atau kes yang memang harus diberi hukuman seperti memaafkan pemelihara anak
yatim yang zalim atau orang yang lari dari tanggungjawab memberikan nafkah
orang-orang yang telah menjadi tanggungannya. Memaafkan orang-orang seperti ini
hukumnya adalah haram.
Mazhab
Syafi’e – memberi maaf pada pelaku kejahatan sebelum permasalahannya sampai ke
tangan hakim adalah boleh. Hal ini berdasarkan firman allah s.w.t: “Dan siapa
yang memberi safaat yang baik maka ia akan mendapat bahagian dari kebaikannya
itu”
No comments:
Post a Comment