Untuk
melindungi seluruh hamba Allah s.w.t dari hal-hal yang menyebabkan bahaya atau
mudarat bagi mereka.Seperti ternodanya tempat tidur suami isteri, rosak dan
hilangnya garis keturunan, perlecehan terhaddap kehormatan, merosakkan harta,
menghilangkan nyawa, gangguan keamanan dan lain-lain. Maka untuk menghindarkan
itu semua terjadi, disyariatkanlah hudud agarmenjadi pelindung yang ampuh bagi
manusia dari segala musibah seperti kerosakan moral, penyakit jiwa, stress dan
sebagainya yang pada akhirnya menjerumuskan manusia kedalam jurang jahanam.
Islam
memandang penyelewengan yang keluar dari kemurnian fitrah manusia yang
dianugerahkan Allah sebagai bentuk pengingkaran terhaddap pembawaan dan watak
asli manusia itu sendiri. Sebab itu islam cuba mengatasi dan mengubati
penyalewengan ini dengan memberikan pandangan-pandangan dan arahan. Bila cara
ini tidak Berjaya, maka ia akan beralih kepada bentuk penyelesaian yang tegas
dank eras iaitu penerapan hukum hudud sesuai dengan jenis kesalahan yang
dilakukan yang tujuannya adalah untuk melindungi manusia dari segala malapetaka
seperti yang telah dihuraikan. Cara yang ditempuh Islam ini tidak ubahnya bagai
seseorang yang menderita penyakit fattak, bila tidak mungkin lagi diubati
secara medis, maka anggota badan yang terkena penyakit tersebut terpaksa
dipotong demi keselamatan seluruh jasadnya.
No comments:
Post a Comment