Pemuka-pemuka
mazhab yang empat telah sepakat bahawa hukuman hadd tidak dilaksanakan kepada
seorang yang tertipu dengan seorang wanita yang mengaku sebagai isterinya pada
malam pertama dari perkahwinannya ditambah lagi misalnya perempuan-perempuan
lain mengatakan: dia itu memang isterimu. Kerana yakin wanita itu isterinya
lantas ia pun menggaulinya. Kemudian diketahuinya bahawa wanita tersebut bukan
isterinya sebab ia hanya tertipu sehingga yang demikian itu dianggap syubhat.
Hanya sahaja ia wajib membayar mahar wanita tersebut dan wanita itu wajib
ber’iddah. Bila kelak membuahkan anak dari hubungan itu maka anak tersebut
dihukumkan sebagai anak lelaki yang menggaulinya dn orang yang mengadukan
(mengqazaf) nya tidak dikenakan hadd.
No comments:
Post a Comment