Jika seseorang melontarkan qadzaf terhadap
sekumpulan orang dalam satu majlis atau di sejumlah majlis yang berbeza dengan
satu kalimat atau sejumlah kalimat maka dalam hal ini terdapat perselisihan
pendapat.
Hanafiah dan Malikiah – jika sekumpulan orang
dilontarkan qadzaf kepadanya di satu majlis atau di sejumlah majlis yang
berbeza dengan satu kalimat atau sejumlah kalimat baik sekumpulan orang
tersebut berkumpul atau berpisah-pisah maka si pelaku hanya dikenakan satu had.
Hujah mereka adalah al-Quran dan sunnah serta qiyas. Adapun al-quran adalah
firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik
(berbuat zina)”. (Surah al-Nur:4)
Syafi’eyah – sesungguhnya setiap orang memiliki hak
had atas pelaku qadzaf yang melontarkan qadzaf kepada mereka semua. Hal itu
disebabkan kerana kata Walladzina yang ada di ayat al-Quran tentang qadzaf
merupakan kata jamak. Sementara kata Wal Muhshanaat juga termasuk kata jamak.
Jika kata jamak berhadapan dengan kata jamak maka kata tunggal juga harus
dihadapkan dengan kata tunggal. Dengan begitu maknanya adalah bahawa orang yang
melontarkan qadzaf kepada seseorang yang muhsan maka wajib dikenakan had
atasnya. Selain itu dalil mereka juga firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang
menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak
mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan
puluh kali dera”. (Surah al-Nur:4)
No comments:
Post a Comment