Apabila
seseorang menemukan seorang wanita diranjangnya kemudian ia menyetubuhinya.
Tiba-tiba diketahui kemudian bahawa wanita tersebut bukan isterinya maka dalam
hal ini orang tersebut tidak dikenakan hukuman hadd.
Demikian
juga halnya hadd tidak dilaksanakan kepada orang yang buta mengajak isterinya
berhubungan lalu wanita lain datang menghampirinya tanpa memberitahu siapa
dirinya kemudian merekapun melakukan hubungan seperti hubungan suami isteri
lalu kemudian diketahuinya bahawa wanita itu bukanlah isterinya.
Ini
disepakati dikalangan ulama mazhab Malikiah, Syafi’eyah dan Hanabilah. Hujah
mereka adalah adanya syubhat dalam contoh kes tersebut iaitu dugaan silelaki
bahawa wanita itu adalah wanita yang halal baginya.
Mazhab
Hanafi – mereka berpendapat bila seorang lelaki menemukan seorang wanita diatas
ranjangnya kerana yakin bahawa wanita tersebut adalah isterinya ia pun
menyetubuhinya. Lalu kemudian diketahui bahawa wanita itu bukan isterinya maka
lelaki tersebut dikenakan hukuman hadd. Kerana menurut pandangan ulama Hanafiah
hal demikian tidak dianggap syubhat sebab seseorang pasti dapat membezakan
isterinya dengan wanita lain dari suara, bentuk tubuh dan sentuhan isterinya
demikian juga dari gerakan tubuhnya ketika mereka bersentuhan. Maka dengan
demikian, disana tidak ditemukan apa yang dinamakan syubhat yang dapat
menghalangi dilaksanakannya hukuman hadd. Tapi bila si lelaki mengaku dan
bersumpah bahawa ia benar-benar yakin kalau yang disetubuhinya adalah isterinya
maka pengakuannya dapat diterima dengan sumpahnya.
Demikian
juga halnya bila seorang yang buta mengajak isterinya berhubungan suami isteri
kemudian yang datang adalah wanita lain tanpa memberitahu bahawa ia bukan
isterinya. Kemudian si buta itu pun menyetubuhinya kemudian diketahuinya bahawa
ternyata wanita itu bukan isterinya maka wajib dikenakan hukuman hadd. Sebab
terkadang seorang yang buta juga mampu membezakan isterinya dengan yang bukan
isterinya.
Ulama
Hanafiah sama sekali ingin menutup celah kearah dijadikannya kelemahan hukum
tersebut sabagai saranan untuk tersebarnya maksiat dan malapetaka dalam
masyarakat sosial. Demikian itu untuk mempertahankan kemurnian agama umat ini
jangan sampai terpecah. Maka sekadar alas an tidak tahu kalau yang
disetubuhinya bukan isterinya tidak dapat dijadikan pijakan atau landasan untuk
tidak menghukum seseorang (dengan hukuman hadd), sedangkan sebenarnya jauh
direlung hatinya mengetahui bahawa wanita yang digaulinya bukan isterinya.
No comments:
Post a Comment