Hanafiah, Syafi’eyah dan Hanabilah – dalam kes
seperti ini si pencuri tidak dikenakan hukuman hadd potong tangan. Imam Syafi’e
menamakan pencuri seperti ini sebagai pencuri yang pintar (pandaidalam
fiqh),kerana dengan mengatakan: “ini milik saya” ada kemungkinan perkataannya
benar sehingga kes tersebut dianggap mengandungi kesamaran (syubhat) yang dapat
menggugurkan hadd meskipun dia tidak sanggup menyertakan bukti atas
pengakuannya tersebut.
Malikiah – jika seorang pencuri mengaku bahawa
barang yang sedang ada ditangannya adalah miliknya sedangkan kesaksian bahawa
dia telah mencuri barang yang mencapai nisab dari sebuah tempat yang terjaga
telah ada maka yang bersangkutan tetap dikenakan hukuman hadd tanpa
memperhatikan pengakuannya. Kerana tuduhan yang berdasarkan saksi tersebut
lebih kuat dari pengakuannya
No comments:
Post a Comment