Seorang
lelaki yang menyewa atau membayar seorang perempuan untuk melakukan perzinaan
maka keduanya dikenakan hukuman hadd. Upah tersebut tidak dianggap membuat hukum
zina yang mereka lakukan menjadi syubhat yang dapat menghalangi berlakunya hadd,
kerana akad sewa tidak berlaku untuk faraj (kemaluan) secara syarak dan uruf.
Hal tersebut tidak ubahnya seperti jika seseorang menyewa perempuan untuk
memasak atau pekerjaan lainnya lalu ia menggaulinya maka ia wajib dikenakan
hukuman hadd.
Mazhab
Hanafi – mereka berpendapat bila seorang lelaki menyewa perempuan untuk
melakukan zina, maka hukuman atas keduanya adalah hukuman ta’zir. Kemudian
mereka menanggung dosa zina kelak dihari kiamat. Hal ini berdasarkan sebuah
riwayat bahawa suatu hari ada seorang perempuan meminta susu kepada seorang
lelaki pengembala kambing ditengah-tengah padang pasir, lalu si lelaki tersebut
tidak mahu memberikannya kecuali jika perempuan tersebut rela melayaninya.
Kerana keadaannya yang sangat darurat ketika itu, perempuan tersebut pun
merelakan dirinya untuk menuruti kemahuan lelaki pengembala itu kemudian kes
itu diberitahu kepada Umar yang saat itu sebagai khalifah. Umar tidak menghukum
mereka, ia hanya berkata: (susu) itulah maharnya.umar berpendapat bahawa susu
tersebut ketika itu adalah upah bagi si perempuan itu.
Alasan
lain yang dikemukakan ulama Hanafiah adalah mereka melihat bahawa makna menyewa
adalah menyerahkan hak manfaat sedangkan kemaluan seseorang termasuk manfaat.
Dengan demikian maka zina yang terjadi melalui proses sewa atau upahan dianggap
syubhat.
No comments:
Post a Comment