Tidak dikenakan had tamu yang mencuri barang yang
mencapai nisab dari rumah yang disinggahinya kerana rumah tersebut tidak lagi
menjadi penjaga bagi barang yang didalamnya dari tamu kerana dia diizinkan
memasukinya dan dengan izin yang dimilikinya dia sama seperti penghuni rumah
itu dan mengambil barang dari rumah itu bukan dianggap sebagai pencuri akan
tetapi dinamakan pengkhianatan. Sama juga hukumnya bagi dia jika mengambil
barang dari salah satu kamar milik orang lain yang terkunci dalam satu rumah
yang diizinkan baginya untuk memasukinya atau dari dalam kotak yang tekunci
kerana rumah dengan kamar yang ada merupakan satu kesatuan sebagai penjaga
(penyimpanan) bagi barang yang ada didalamnya
Malikiah – tidak ada had bagi tamu yang mencuri
barang dari rumah yang disinggahinya kerana dia telah diizinkan memasuki rumah
tersebut jadi dia hanya sebagai pengkhianat bukan sebagai pencuri. Kecuali jika
ia mencuri barang dari tempat penyimpanan khusus seperti tempat penyimpanan
hasil panen atau gudang didalam rumah umum. Jika ia mengeluarkan barang dari
ruangan khusus dan membawanya keluar rumah melalui pintu maka dikenakan had.
Adapun jika ia hanya berniat mengumpulkan sahaja maka tidak dikenakan had kerana
hal tersebut biasanya diizinkan
Syafi’eyah dan Hanabilah – jika tamu mencuri barang
dari tempat dia bertemu atau tetangga dari kedai tetangganya atau orang yang
mandi dikamar mandi maka tidak dikenakan had bagi mereka jika mencuri barang
yang ada didalamnya kerana dia mengambil harta yang tidak terjaga. Sebab rumah
yang asalnya menjaga barang yang didalamnya menjadi tidak terjaga kerana ada
izin memasukinya. Para ulama memberikan beberapa syarat yang harus dipenuhi
dalam harta yang dicuri untuk menetapkan had iaitu:
1.
Nisab harta mencapai seperempat
dinar
2.
Harta tersebut milik orang lain
3.
Tidak ada syubhat dalam harta
yang dicuri
4. Harta tersebut terjaga baik
dengan penjaga yang memperhatikannya atau terjaga kerana tempat penyimpanannya
·
No comments:
Post a Comment