Tidak
boleh melaksanakan hukuman dera dan rejam sekaligus pada satu orang kerana hadd
dera yang lebih ringan sudah dicakup dalam hadd rejam yang berat. Sebab tujuan
dan manfaat hukuman dera itu adalah untuk membuat sipenzina serik sehingga
tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Tujuan dan manfaat ini tidak mungkin
dapat dicapai lagi. Sebab setelah itu dia akan mati dengan hukuman rejam.
Pendapat inidisepakati dikalangan ulama Maliki, Syafi’e dan Hanafi.
Mazhab
Hanbali – berpendapat bahawa seorang muhshan yang berzina tetap menjalani
hukuman dera pada hari pertama kemudian dilanjutkan dengan hukuman rejam pada
hari kedua. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Nabi s.a.w bahawa beliau
pernah menghukum dera seorang lelaki pad hari khamis kemudian merejamnya pada
hari jumaatnya.
No comments:
Post a Comment