Sunday 14 April 2013

Akad nikah terhadap mahram



Seorang lelaki tidak dihalalkan menikah dengan mahramnya seperti ibunya, saudara kandungnya dan segala perempuan yang haram baginya kerana senasab atau kerana sesusuan. Jika ia melakukannya (menikahinya) dan kemudian menyetubuhinya sementara ia tahu bahawa hal tersebut tidak boleh baginya (haram), maka ia wajib dikenakan hukuman hadd, kerana  akad yang ada tidak pada tempatnya. Dengan demikian maka sifat “syubhat” tidak dapat melekat pada akad tersebut dan kemudian anak yang lahir kelak dihubungkan kepadanya yakni dianggap sah sebagai anaknya.

Mazhab Hanafi – mereka berpendapat hadd dalam kes seperti ini tidak wajib dilaksanakan meskipun orang tersebut misalnya mengatakan: saya tahu bahawa hal tersebut haram bagi saya. Hanya sahaja ia wajib memberikan mahar kepada perempuan tersebut dan jika membuahkan anak maka anak tersebut dinisbahkan kepadanya. Kemudian ia wajib dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari sekadar hukuman ta’zir. Demikian itu adalah kebijakan dari imam bukan hadd yang ukurannya telah ditetapkan berdasarkan hukum syara’. Dan hukuman ta’zir ini pun hanya berlaku untuk orang yang mengetahui keharaman perbuatannya. Jika tidak maka ia tidak mendapat hukuman apa-apa. Tidak hadd tidak juga ta’zir.

No comments:

Post a Comment