Sunday 14 April 2013

Hukum mukhonnas (pondan)



Mukhonnas adalah orang yang melembut-lembutkan suaranya dalam berbicara sehingga menyerupai perempuan atau orang yang menyerupai perempuan dalam berpakaian.

Para ulama sependapat bahawa wajib hukumnya bagi pondan untuk diasingkan dari wilayah orang muslim sejauh jarak boleh dilakukannya qashar (memendekkan) solat sebagai hukuman baginya supaya merasakan kesengsaraan dan kerugian akibat berjauhan dengan sanak keluarganya dan menjauhkan dia dari lawan maksiatnya. Para ulama mengatakan bahawa golongan yang wajib diasingkan ada tiga: penzina yang bukan muhsan, pondan dan muharib (pembegal).

Jika pondan dizinai melalui dubur dan perbuatannya ini terbukti maka wajib hukumnya direjam dengan batu sampai dia mati dan tidak lagi manfaat untuk mengasingkannya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu abbas RA: Rasulullah s.a.w bersabda: “allah s.w.t melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki”. Kemudian beliau berkata: “Usirlah mereka dari rumah kalian”. Kemudian Umar bin Khattab sendiri pernah mengusir (mengasingkan) seseorang. (Riwayat Bukhari).

No comments:

Post a Comment