Sunday 14 April 2013

Hukum seorang perempuan yang tampak hamil sedang ia tidak mempunyai suami



Seorang perempuan merdeka yang tampak hamil sedangkan diketahui bahawa ia tidak mempunyai suami atau seorang hamba perempuan hamil sedang ia tidak mempunyai suami atau tuan. Dalam hal ini terdapat beberapa pendapat ulama:

Mazhab Hanafi – mereka berpendapat bahawa seorang perempuan merdeka yang tampak hamil sedangkan ia tidak mempunyai suami atau seorang hamba hamil sedangkan ia tidak memiliki suami atau tuan maka haruslah terlebih dahulu ditanya. Jika ia mengaku bahawa ia dipaksa untuk melakukannya atau persetubuhan yang mereka lakukan adalah persetubuhan syubhat maka pengakuannya tersebut dpat diterima dan hadd tidak dilaksanakan. Kerana statusnya saat itu adalah selaku orang yang mengaku kemudian mendakwa bahawa ia melakukannya (zina) kerana dipaksa

Mazhab Syafi’e – pendapat mereka dalam persoalan diatas adalah perempuan sama sekali tidak wajib dihukum hadd meskipun dalam dakwaannya selaku orang yang sipaksa melakukan zina tidak mengajukan bukti atau tanda yang mendukung akan kebenaran dakwaannya dan tidak pula menghaddirkan saksi bahawa mereka telah rasmi sebagai suami isteri jika ia mendakwa bahawa antara mereka telah ada hugungan pernikahan. Kerana hukuman hadd itu tidak dapat dilaksanakan kecuali bila didukung oleh fakta yang kuat iaitu adanya saksi atau pengakuan sementara dua hal tersebut tidak ditemukan dalam kes ini. Alas an lainnya adalah kerana hudud dapat gugur bila terdapat syubhat. Kes semacam ini adalah syubhat sebab semata-matanya adanya bukti kehamilan tidak dapat dijadikan alas an hukum untuk menetapkan hukuman hadd tapi mestilah ada pengakuan atau saksi

Mazhab Maliki - pendapat mereka dalam hal ini adalah jika seorang perempuan itu adalah penduduk setempat dan bukan pendatang maka hadd wajib dilaksanakan. Sementara pengingkaran perempuan tersebut dan bukan pendatang, maka hadd wajib dilaksanakan. Sementara pengingkaran perempuan tersebut tidak dapat diterima kecuali apabila ia sanggip membuktikannya dengan sesuatu yang menunjukkan bahawa ia memang  dipaksa atau dengan menunjukkan bukti bahawa ia telah menikah dengan lelaki tersebut atau alasan apa sahaja yang mendukung kebenaran dakwaannya. Kerana dengan adanya bukti kehamilan maka hadd sesungguhnya telah wajib dilaksanakan dan tidak dapat gugur kecuali dengan satu kesaksian (bayyinah). Adapun jika perempuan tersebut adalah pendatang, maka pengingkarannya dapat diterima kerana adanya syubhat serta tidak adanya bukti yang kuat untuk menjatuhkan hukuman hadd kepadanya.

No comments:

Post a Comment