Wednesday 17 April 2013

Jika pelaku qadzaf menghadirkan para saksi yang fasik



Jika seseorang melontarkan qadzaf kepada orang lain lalu menghadirkan para saksi yang fasik, maka dalam hal ini terdapat dua pendapat.

Hanafiah – jika seseorang melontarkan qadzaf kepada orang lain lalu ia menghadirkan empat orang saksi yang fasik atas tuduhannya yang menyatakan bahawa si mangsa telah berzina maka had tidak berlaku atas si pelaku dan tidak dilaksanakan atas para saksi. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t: “dan orang –orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi”. (Surah al-Nur:4)

Namun dalam hal ini,si pelaku telah menghadirkan empat orang saksi hingga akhirnya ia tidak harus dikenakan had qadzaf kerana makana ayat di atas. Hal itu juga disebabkan kerana orang fasik termasuk orang yang layak untuk memberikan kesaksian sementara telah ditemukan syarat-syarat kesaksian atas perbuatan zina. Iaitu keberadaan para saksi yang dating serentak dihadapan hakim yang memberikan kesaksian zina.



Syafi’eyah – had qadzaf tetap dilaksanakan atas para saksi yang fasik kerana mereka tidak termauk dari para saksi yang dimaksudkan didalam ayat yang memiliki sejumlah syarat dalam hal diterimanya kesaksian. Ertinya mereka tidak layak menjadi saksi dan ertinya mereka benar-benar murni dianggap sebagai pelaku qadzaf jika turut memberikan kesaksian. Namun ada pendapat lain mengatakan bahawa had tidak dilaksanakan atas mereka sesuai dengan mazhab ulama Hanafiah.

No comments:

Post a Comment