Wednesday 17 April 2013

Pencurian antara suami isteri



Hanafiah – tidak dikenakan had bagi suami atau isteri yang mencuri harta salah satu mereka baik harta tersebut dirumah yang mereka diami bersama atau rumah yang khusus dimiliki salah satu dari mereka. Kerana suami dan isteri adalah sama posisinya kerana adanya pertukaran manfaat yang terjadi disebabkan perkahwinan.

Syafi’eyah – pendapat yang paling kuat (arjah) dalam mazhab dan mazhab Malikiah juga Hanabilah dalam satu riwayat dalam mazhabnya mengatakan: dikenakan had bagi yang mencuri harta isteri atau suami yang disimpan dalam tempat yang dimilikisecara peribadi.imam Malik menambahkan bahawa tidak ada had bagi suami atau isteri yang mencuri harta salah satu dari mereka yang disimpan dirumah yang mereka tinggal bersama kerana adanya izin bagi mereka satu sama lain.

No comments:

Post a Comment