Sunday 14 April 2013

Syarat-syarat yang wajib dipenuhi dalam li’an



Para ahli fiqh sependapat bahawa li’an tidaklah sah kecuali dilakukan dihaddapan hakim sebagaimana kesaksian (syahaddah) dan li’an juga harus diajukan oleh suami baik terhaddap isteri yang sudah digauli atau belum dan harus dari suami yang akil baligh dan muslim.

Para ulama juga mengatakan bahawa disyaratkan dalam pelaksanaan li’an itu untuk dihaddiri oleh sekumpulan orang yang tidak kurang dari empat orang lelaki yang adil sebagai antisipasi jika suami mengingkari terjadinya li’an suatu saat nanti atau juga jika suami tersebut mengakui dirinya telah berdusta dalam tuduhannya. Disyaratkan juga supaya isteri berada dalam kekuasaan suami dengan nikah yang sah bukan kerana nikah yang fasid atau isteri berada dalam masa ‘idah.

No comments:

Post a Comment