Sunday 14 April 2013

Mengaku berzina dengan orang tuli



Seorang lelaki yang mengaku berzina dengan perempuan tuli atau sebaliknya seorang perempuan mengaku berzina dengan lelaki tuli maka hadd dilaksanakan hanya kepada yang mengaku tidak kepada yang tuli. Alasannya adalah kerana pengakuannya dianggap pengakuan yang jelas dan sempurna yakni tidak terdapat padanya sesuatu yang mengaburkan fakta. Dengan demikian maka hadd berlaku baginya tidak bagi yang lain sebab tidak ada pengakuan.

Mazhab Hanafi – hadd tidak dilaksanakan kepada siapa-siapa kerana ketidakjelasan fakta (syubhat) masing-masing terdapat dikedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment