Wednesday 17 April 2013

Mencuri barang yang cepat busuk (rosak)



Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah serta Abu Yusuf dari mazhab Hanafi – wajib dilaksanakan hadd dalam mencuri barang yang cepat rosak jika barang yang dicuri mencapai nilai dari nisab yang mewajibkan untuk dipotong tangan. Sebagai tindakan untuk menghilangkan tanggungan dari hak orang lain kerana barang tersebut adalah harta yang bernilai bagi semua orang. Adapun dalil mereka adalah sebuah haddis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w pernah ditanya tentang kurma yang masih diatas pohon: Beliau menjawab: “Sesiapa yang mengambilnya hanya sebatas menghilangkan lapar dengan tidak membawa dalam rangkulannya maka tidak dikenakan hukuman apa-apa dan sesiapa yang mengambil lebih dari itu maka dia harus mengganti rugi sesuai nilainya dan dihukum dan sesiapa yang mencuri setelah disimpan dalam tempat penyimpanan dan mencapai harga perisai maka wajib baginya hadd potong tangan”. (Riwayat abu daud dan Nasai)

No comments:

Post a Comment