Wednesday 17 April 2013

Mencuri buah diatas pohon



ulama Syafi’eyah dan Hanafiah. Tapi pendapat ini berbeza dengan pendapat ulama Malikiah. Yang wajib atas si pencuri dalam hal ini hanyalahmembayar ganti rugi sesuai dengan nilai barang yang ia curi.

Syafi’eyah dan Hanafiah – tidak ada hadd potong tangan bagi orrang yang memakan (mencuri) buah dari atas pohon atau tanaman yang belum dipanen kerana bukan barang yang terjaga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada hadd potong tangan dalam buah-buahan atau buah kurma yang masih putih (pentil)”.

Syafi’eyah – Tidak ada hadd potong tangan dalam mencuri kurma yang masih basah yang tidak terjaga akan tetapi bila buah tersebut ada didalam rumah dan terjaga maka wajib dikenakan hadd potong tangan

Malikiah – wajib dipotong tangan dalam mencuri buah yang masih di atas pohon jika memang ada yang menjaga. Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Uthman bin affan memotong tangan orang yang mencuri kurma dan para sahabat menyetujuinya. Kerana barang itu merupakan harta yang bernilai sebagaimana kurma yang masih basah jika terjaga, hal ini demi perlindungan terhaddap harta

Hanabilah – pencuri wajib mengembalikan dua kali ganda nilai buah yang dicurinya. Akan tetapi imam yang tiga – Hanafi, Maliki dan Syafi’e mengatakan: cukup mengganti senilainya sahaja

No comments:

Post a Comment