Wednesday 17 April 2013

Jika pelaku qadzaf menghadirkan para saksi



Para ulama sepakat bahawasanya pelaku qadzaf jika menghadirkan empat orang saksi yang adil dari kaum lelaki yang berakal dan mereka bersaksi atas perbuatanqadzaf yang dilontarkan kepada seseorng perempuan maka si pelaku tidak dikenakan had dan tidak dianggap sebagai pelaku qadzaf. Dalam keadaan ini,maka perbuatan zina yang dituduhkan ditetapkan dan berlaku kerana ia dianggap jujur dalam perkataannya. Dengan demikian had zina pun dilaksanakan atas diri perempuan yang dituduh jika telah disungguhkan kesaksian atas dirinya dengan sejumlah syarat sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya.

No comments:

Post a Comment