Tuesday 16 April 2013

Mengingkari barang titipan



Hanafiah, Syafi’eyah dan Malikiah mengatakan – tidak ada hadd potong tangan bagi yang mengingkari barang titipan meski telah dibuktikan dan mencapai nisab. Kerana pemilikbarang telah sembarangan menitipkan barang kepada orang yang tidak dapat menjaga barangnya dan tidak dapat mengembalikan kepadanya secara utuh. Adapun dalil mereka adalah ayat al-Quran yang mewajibkan hadd potong tangan bagi pencuri sedangkan mengingkari titipan menurut mereka bukan merupakan pencurian.

Hanabilah, Imam Ishaq, Zufri dan golongan Khawarij mengatakan – wajib dilaksanakan hadd potong tangan bagi orang yang mengingkari barang titipan kerana menurut mereka syarat dalam menetapkan hadd dalam pencurian, barang yang dicuri tidak mesti diambil dari tempat penyimpanan. Kemudian mereka juga mengatakan bahawa orang yang mengingkari barang titipan termasuk kejahatan pencurian. Sebab menghindari orang seperti ini (pengingkar barang titipan) dan pencuri sama-sama sulit dihindarkan,maka hukumannya pun mesti disamakan. Berbeza dengan pengingkar barang pinjaman dan penjarah sebagaimana yang dikatakan oleh imam Ibnu Qayyim. Adapun dalil mereka dalam hal ini adalah haddis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dia berkata: “Wanita dari bani Makhzum meminjam barang dan dia mengingkarinya kemudian Nabi s.a.w memerintahkan untuk dipotong tangannya”. (Riwayat Ahmad, nasai dan Abu Daud).

No comments:

Post a Comment