Wednesday 17 April 2013

Mencuri bahan-bahan masjid



Hanafiah – tidak ada kewajipan hadd potong tangan dalam mencuri pintu masjid kerana ia bukan barang yang terjaga. Ia juga terlihat oleh orang yang keluar masuk baik siang atau malam tanpa ada orang yang menjaganya. Demikian juga tidak ada hukuman hadd bagi orang yang mencuri barang-barang masjid seperti tikar, lampu, jendela atau tirainya kerana barang-barang tersebut bukan sesuatu yang terjaga kerana itu maka hukuman hadd pun menjadi gugur

Malikiah – masjid merupakan penjaga bagi barang yang ada didalamnya baik pintu,tikar,lampu atau lainnya kerana barang tersebut memang disimpan disana. Maka dikenakan hadd bagi yang mencurinya jika mendapati nisab. Dan tidak disyaratkan bagi yang mencuri barang-barang masjid untuk membawa barang curiannya keluar dari masjid meskipun hanya menghilangkan dari tempat asalnya secara nyata barang-barang dimasjid juga termasuk atap dan lantainya. Akan tetapi apabila alas atau tikar hanya dipasang pada waktu siang kemudian pada waktu malam masih dibiarkan maka tidak menyebabkan hadd bagi yang mencurinya.

Syafi’eyah – dikenakan hadd bagi orang muslim yang mencuri barang-barang masjid seperti pintu masjid, tangkainya,kain penutupnya,pagar, atap ataupun lampu hiasannya kerana adanya pintu untuk menjaga barang-barang tersebut.

No comments:

Post a Comment