Sunday 14 April 2013

Pembuktian dalam kes pencurian (kesaksian dan pengakuan)



Para ulama sependapat bahawa hadd mencuri harus berdasarkan kepada dua saksi lelaki yang adil sebagaimana dalam penetapan hak yang lain kecuali zina dan juga dapat didasarkan kepada ikrar atau pengakuan pelakunya bahawa dia telah melakukan pencurian. Hadd mencuri dapat dilaksanakan cukup dengan satu kali ikrar dari seorang yang berakal sihat dan telah baligh,kerana sebuah ikrar tidak mengandung unsur tuduhan sebagaimana hak-hak lain yang cukup dengan satu kali ikrar.

Mazhab Hanbali dan Imam Abu Yusuf dari Hanafiah – Hadd mencuri harus berdasarkan kepada duakali ikrar dan tidak cukup jika hanya dilakukan sekali. Adapun dalil mereka dalam halini adalah adanya sebuah riwayat yang bersumber dari Abu Umayyah al-Makhzumi dia berkata: “Suatu hari seorang pencuri yang mengakui perbuatannya pernah dibawa kehaddapan Rasulullah s.a.w namun tidak ditemukan padanya barang hasilcurian”. Rasulullah s.a.w berkata: “Saya tidak yakin kamumencuri”.pencuri tersebut menjawab: “Saya telah mencuri wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w kembali bertanya sampaidua atautiga kali. Lalu kemudian memerintahkan untuk dipotong tangannya. Setelah itu kembali dihaddapkan kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau berkata: “Beristighfar dan bertaubatlah kamu kepada Allah”. Dia berkata: “Aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya”. Lalu Rasulullah s.a.w berkata: “Ya Allah terimalah taubatnya”. Rasulullah s.a.w mendoakannya sebanyak tiga kali. Haddis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Nasai dan Abu Daud dan orang-orang dalam sanad tsiqah. Maka wajib bagi seorang hakim untuk menganjurkannya orang yang berikrar agar kembali melakukan ikrar sebagai tindakan kehati hatian kerana hadd itu harus digugurkan jika ada hal-hal yang meragukan (syubhat).

No comments:

Post a Comment