Wednesday 17 April 2013

Mencuri barang yang tidak berharga (tafih)



Wajib diterapkan hadd potong tangan dalam segala sesuatu (harta) yang terjaga jika memang mencapai nisab kecuali air, debu, tanah, batu, alat muzik dan minuman anggur. Sedangkan selain barang-barang ini dianggap sebagai harta yang bernilai dan terjaga. Adapun dalil wajib dipotongnya tangan dengan mencuri barang-barang tersebut adalah keumuman ayat al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w tentang perintah memotong tangan pencuri. Sedangkan alas an bahawa barang tersebut adalah barang yang pada dasarnya boleh dimiliki siapa saja, tidak dapat diterima. Sebab dengan disimpannya barang tersebut membuatnya menjadi barang yang bernilai dan berharga.

Hanafiah – tidak ada hadd dalam mengambil sesuatu yang berada didaerah Islam seperti kayu, alang-alang, ikan, burung dan binatang buruan. Hal tersebut berdasarkan haddis yang diriwayatkan dari Siti Aisyah dia berkata: “Tangan itu tidak dipotong pada zaman Rasulullah s.a.w kerana mengambil sesuatu yang tidak bernilai”.

No comments:

Post a Comment