Wednesday 17 April 2013

Hukum qadzaf jika korbannya telah meninggal dunia



Para imam mazhab berselisih pendapat tentang had qadzaf apakah dapat diwariskan jika korbannya telah meninggal dunia dan sebelum dilaksanakan had? Atau had qadzaf sama sekali tidak dapat diwariskan.

Hanafiah – sesungguhnya had qadzaf tidak dapat diwariskan akan tetapi gugur dengan meninggalnya korban qadzaf sebelum had dilaksanakan atas pelakunya. Jika si mangsa telah meninggal dunia setelah dilaksanakan sebahagian hadnya maka sisa had gugur kerana termasuk dari hak Allah s.w.t

Syafi’eyah dan Hanabilah – sesungguhnya had qadzaf dapat diwariskan. Jika korban qadzaf telah meninggal dunia sebelum had disempurnakan maka sisanya tetap dilaksanakan. Dalam masalah qadzaf ahli waris memiliki hak memaafkan. Begitu juga jika hukuman ta’zir yang berlaku dalam qadzaf maka tetap juga dapat diwariskan. Selain itu jika qadzaf dilontarkan kepada orang yang telah meninggal dunia maka ahli warisnya berhak untuk menuntut dilaksanakannya had atas pelakunya. Hal itu disebabkan kerana had qadzaf adalah hak manusia dimana tidak dilaksanakan kecuali jika ada tuntutan pelaksanaannya dari pemiliknya. Dalam halini seluruh ahli waris mewarisi had qadzaf seperti halnya harta benda dan tidak ada perbezaan antara kaum perempuan dan kaum lelaki.

No comments:

Post a Comment