Sunday 14 April 2013

Batas pemotongan tangan pada kes pencurian pertama



Para ulama sependapat jika seorang pencuri telah diputuskan mendapat hukuman hadd untuk pertama kali didepan hakim sedang yang bersangkutan (pencuri) masih mempunyai dua tangan maka yang dipotong adalah tangan kanannya termasuk telapakny,kemudian setelah dipotong lalu bekas potongannya direndam dalam minyak yang panas,demikian itu agar darahnya tidak mengalir terus. Dikhususkannya bahagian itu yang dipotong kerana ia merupakan anggota badan yang dianggap sebagai pelaku langsung dalam pencurian sedangkan lengan hanya merupakan anggota pembantu sahaja sebagaimana badan yang membawa keduanya. Adapun alas an dipotongnya tangan kanan pada pencurian pertama kerana tangan kanan lebih banyak difungsikan dalam urusan mengambil sesuatu daripada tangan kiri. Keputusan hukun ini sesuai yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika memotong tangan seorang wanita bani Mahzum kerana mencuri. Kemudian dari itu disebutkan dalam qira’at (bacaan) Abdullah bin Mas’ud pada ayat tersebut iaitu: “Maka potonglah tangan kanan mereka berdua”. Hukuman ini sudah merupakan sebuah ijma’ seluruh umat tanpa ada yang menentang.

No comments:

Post a Comment