Wednesday 17 April 2013

Jika orang bisu melontarkan qadzaf terhadap seseorang



Jika orang bisu melontarkan qadzaf terhadap seseorang apakah ia tetap dikenakan had atau tidak?

Hanafiah – tidak sah qadzaf yang dilontarkan oleh orang bisu begitu juga li’annya. Ertinyaia tidak dikenakan had kerana isyaratnya tidak dapat difahami. Didalam syaratnya terdapat keraguan atau syubhat sementara had ditolak dengan keberadaan syubhat.

Syafi’eyah – sesungguhnya orang bisu jika memiliki isyarat yang difahami atau dapat melakukan penulisan yang difahami lalu ia melontarkan qadzaf terhadap lelaki muhsan atau perempuan muhsan dengan isyarat atau dengan tulisan maka ia dikenakan had qadzaf. Di samping ituli’an yang dilakukannya juga dianggap sah. Ini adalah pendapat yang paling dekat dengan zahir ayat al-Quran. Hal itu disebabkan kerana orang yang menulis atau memberikan isyarat kepada arah qadzaf dan dapat difahami maka sesungguhnya ia telah melakukan qadzaf hakiki atas perempuan muhsan dan menimbulkan aib padanya. Dengan demikian ia termasuk orang yang melakukan qadzaf dengan benar.

No comments:

Post a Comment